MIFB 2008
salam semua..
hehei!! semester yang sangat sibuk! boleh dikatakan setiap minggu ada satu assignment dan laporan dapur (kitchen) yang perlu dihantar.tambah dengan kuiz dan kelas yang begitu sendat. sendat?? i mean pack la..haha!! ni gara2 dua orang lecturer yang bakal berpindah selepas exam mid sem ni.
*bolekah perkara di atas dijadikan alasan yang konkrit untuk aku tidak berblog???
-end-
hari ini, aku dan coursemate aku, Girl telah berkunjung ke PWTC. ni semua gara2 nak pergi MIFB. MIFB? ok2, MIFB stands for Malaysia International Food & beverage. beberapa hari lepas, Girl beriya2 mengajak aku ke pameran itu. katanya, bagus untuk menambahkan general knowledge. lagipun, aku sebagai student dalam bidang makanan rasanya tak seharusnya ketinggalan untuk menyertai pameran2 yang sebegini rupa.
huhu, sempena kenaikan minyak, aku dan Girl mengambil keputusan untuk menaiki kenderaan awam iaitu komuter. dari stesen shah alam ke putra hanya RM2.90. ye, sangat berbaloi berbanding dengan menaiki kereta. sesampainya disana, aku dan Girl berpakat untuk memenuhkan perut yang sudah dipenuhi angin. kami berdua pergi ke restoran makanan segera yang menjadikan badut sebagai maskotnye..Mc D le tu…(arghhh…kalau tau dek Dr Snigdha ni pasti aku diceramahinya dengan kata2 bahawa makanan segera itu tidak baik untuk kesihatan, seharusnya aku sebagai pelajar pemakanan lebih tahu)
apabila perut sudah penuh dan solat telah ditunaikan, kami bergegas ke PWTC….owhh!! ramainya orang harini, selama ini mind set ku hanya tertumpu bahawa rakyat Malaysia hanya lebih ramai pergi ke konsert2 daripada pameran ilmiah sebegini…tapi sangkaan ku tidak benar sama sekali. sungguh sesak!! kami perlu mengisi borang dan beratur untuk mengambil pas pelawat.tanpa pas pelawat, tidak dibenarkan masuk.
selain, itu manusia yang berumur 16 tahun dan kebawah juga dilarang masuk. selipar,seluar pendek dan bermuda juga tidak dibenarkan. paling tidak seronok, this is business exhibition,no photography!! arghh!! hanya diluar sahaja lensa kamera dibenarkan berfungsi..
Girl, kesabaran dalam penantian
kan ke ramai tu..
alhamdulillah, selang beberapa minit kami berbaris, kami berjaya mendapatkan pas pelawat. kami mula ke tingkat atas. booth yang pertama2 kami serbu adalah booth makanan dari China…ohoo…semestinya aku hanya mahu menjeling2 apa yang ada dari minuman kesihatan, frozen Quick Rice Series ( sangat menarek!! tak perlu masak macam nasik, cuma panaskan je) dan banyak lagilah ( tak berminat nak explain)
kemudian, kami ke booth MARDI, terdapat satu kaunter yang menempatkan pamplet2 yang kami sangkakan free. owh, rupanya berbayar. RM2.50 untuk satu pamplet. sebagai seorang anak petani nanas yang bakal berjaya, eceh…aku pun memilih pamplet pemprosesan jem nanas dan daging lembu sebagai souvenir untuk bapa ku(adeke orang bagi pamplet sebagai souvenir???) satu lagi buku yang agak menarik adalah teknologi makanan.hmm…RM20..tak cukup bajet la.
selepas itu, kami mula bergerak ke booth2 lain, di bahagian Korea, sedang ada demonstrasi memasak Kimchi. berebut2 manusia merasanya. Thailand pula mempamerkan buah2 an yang sudah dikeringkan seperti nanas, betik dan nangka. aku dan Girl sempat merasa jus pak choy (sejenis sayuran) yang dikisar dan ditambah sedikit kordial lemon.hmm.. sedap!! lepas ni mungkin bole diaplikasikan kepada sawi, kobis dan kailan.berani ke??
huhu!! terdapat juga laksa dalam kotak, hanya tambah air, fish ball dan mee.siap..but, i prefer my mom la…lagi sedap kot. ni untuk orang2 yang nak cepat ataupun tidak pandai memasak. (aku ke??)
seterusnya, aku ingin ceritakan perkara2 yang menarik disana :
1) tembikai empat segi - sekadar pameran, ok la tu, selama ni dapat tengok gambar sahaja.ni dapat lihat di depan mata, sambil cuba2 mencuri sentuh walaupun tanda Dont Touch begitu besar tertulis. i’m curious ler..
2) gubahan cendawan - argh!! sungguh kreatif! artistik!! kan best kalau boleh ambil gambar.
3) tempeh kraker - ni produk makanan yang kreatif dari USM. kalau selama ini kita makan tempeh goreng dan kerepek tempeh, ini pula, biskut tempeh..nipis2..aku amik banyak2 kerana kakak itu bagi.
4) promosi kiwi - pergh!! one pack ( 4 gold kiwi + 6 green kiwi + span kiwi) RM10 sahaja. ehei, ini buah kiwi keluaran Zespri tau!! mahal!!
5) chocolate graphics - suka makan coklat? mau jadikan coklat sebagai perhiasan? hmm..Girl membeli kepingan coklat berbentuk cakera padat sempena hari kelahiran ibunya pada hari ini. sekeping berharga RM15 ditambah dengan beberapa kepingan coklat2 kecil yang comel secara percuma. Girl memberikan aku satu sebagai tanda persahabatan katanya. anda kaya? inginkan kelainan sempena majlis perkahwinan anda, tempahan kad jemputan perkahwinan daripada kepingan coklat diterima. segala maklumat tentang chocolate graphics sila klik sini - Chocolate Graphics
6) acuan kek getah - actually aku tidak pasti samada ia benar2 diperbuat daripada getah atau campuran bahan elastik yang lain. yang pastinya bukan diperbuat daripada logam tapi ia tidak terbakar dalam oven.hanya kek anda yang terbakar.
selain makanan, terdapat juga mesin2 yang digunakan dalam industri makanan, contohnya mesin pencucuk sate, mesin dorayaki, dan pencetak laser jet yang digunakan untuk mencetak label “guna sebelum” pada pembungkus makanan. sebagai ole2 , uncle yang baik hati telah memberi aku sebatang pen yang bercetak nama aku. pen tersebut dicetak dihadapan biji mata ku dengan menggunakan laser jet print khas untuk label makanan. Thanx uncle!! Girl pun dapat satu
semasa sedang, meninjau2, terdapat satu booth yang memberikan rawatan mata selama 2 minit secara percuma. menarek!! aku dan Girl yang sememangnya rabun jauh yang kritikal pun mengambil kesempatan. selepas, briefing ringkas, mata kami dititikkan dengan 2 jenis toner mata. dengan mata yang tertutup, kami dipakaikan dengan alat pengurut mata. mak oi!! dah le gerak2 kat mata, rasa geli pun ada, takut pun ada.berdebar2 jantung aku.setelah alat pengurut mata ditanggalkan, aku buka mata aku…aku..aku…jeng3x! alhamdulillah, macam kurang sikit rabun. kemudian, abang itu menyembur mata ku dengan toner mata. masih rabun tapi kadar pengihatanku agak jelas sikit. nak tau pasal toner mata tu? klik sini - Permata hijrah
selepas menghadiri pameran ini, aku rasa tersedar bahawa jika kita mahu dan mampu berfikir lebih jauh, kekreatifan dan inovasi dalam bidang penghasilan makanan pasti mempunyai pelbagai lagi makanan baru yang tidak pernah terjangka kita akan memakannya. berani atau tidak untuk mencuba sahaja. mungkin kite mampu menghasilkan makanan ruji, i mean junk food yang dah tak ruji lagi. berkhasiat le tu. cuma kena difikirkan la kaedahnye ye..
sayur2an pun menarek tau kalau pandai digubah..tapi jangan sesekali mencuri sayur yang bakal dimasak oleh ibu anda untuk gubahan sebegini, pasti dihambat olehnya

haa…peria ngan celery pon bole wat gubah tau!!
Girl, “marila makan nasi bersantan,nescaya tidur di dalam kelas”

aku bukan penyambut tetamu tau!!

manusia sudah pulang..
-tamat-
another schedule:
1-
event :19th International Food Processing & Packaging
venue : PWTC
date : 23 -26 July 2008
2-
event: 10th Malaysia International Food & Beverage Trade Fair
venue: PWTC, Kuala Lumpur
date: 19 - 21 August 2009 (tahun depan daaa..)
insya Allah, jika tiada aral melintang, aku akan ke sana pada hari terakhir , kerana ketika itu pameran dibuka untuk orang ramai, pada hari pertama dan kedua, hanya untuk Trade Visitor sahaja.
*tiada mood untuk update tentang training kitchen…
ermm..klakarkan gaya penulisan baru aku…kui3x!!

cah….asal skematik tol ko nyer ayat…
ko amek kursus bahasa kebangsaan eyh?
wahaha…wah…aku nak ikut gak….hehehe..(xpdn ngan jadual pack)
aku nak request leh…coklat tu cm sedap jer…nak gak…
hehehehe…
ecahkoop:
saje je…mengubah arah angin
mahal la coklat tu, ko nak beli sendiri
kat USJ 1
kekekeke!!!
perghhh best sehhh
kat JB ni takde la mende2 mcm ni..jeles hoke*tetibe mara
mama..nak kiwi satu..nak taruk kat muke buat masker*larikkkkkkkkkk mama bawak bulu ayam!!
ecahkoop:
turun le KL 27 aribulan,akak blanje ko air sirap laici…kekeke!! tuan pres pasti jeles..
kiwi? ala, karang aku poskan busuk plak…
p/s: oit, mandai2 je ko ngaku jadi anak aku ye, anak bongsu lak tu…sape bapak ko?? nyiahahaha!!
(bunyi papan kekunci ditekan)…..
hohoho……
gak nye manusia di malaysia lebih gemar sesuatu tentang makanan….
sebab tu ramai orang gi kt pameran ilmiah tu….
cube kalau buat pameran pasal kenegaraan……….
kau nak gi ke???
haha..!!
malaysian sensitip..
ye ke????
teh tarik kurang manis extra panas satu…!!!!
ecahkoop:
pasal kenegaraan, secara jujur tanpa dipaksa2
aku tak minat la…nyiahahaha!!
teh tarik? abis….nyiahahah!!
patut r blog dah lame bersawang ni.. g poye² ye.. mmg tunggu aku jentik je lagi nak runtuh umah ko neh cik ecah oi…
hang g makan² ke kat sana.. haa.. siapla ko.. nanti ko akan menjadi semakin bahagia macam aku ni.. nguahahaha..
weih.. nak kiwi satu.. cam besh je.. huhuhu…
ecahkoop:
jentik la….jap lagi aku jentik lak blog ko…nyiahahaha!!
aku memang menginginkan susuk tubuh yang bahagia seperti ko…sedang berusaha…
ai,sume mintak kiwi ni…g kedai ek,beli!!!
kalo msia ni bole tanam kiwi,kaya dh aku…kekeke!!
alah anak bongsu kak ecah tu, nak kena penampar tol kan..
wakaa, erm tak sabar nak tuggu kak ecah grad!!! apa le makanan baru yg kak ecah bwat ek…gagagaga, jem tempe..wow!!! meletop!!!
ecahkoop:
uih…kang menangis lak anak org kene lempang…
akukan penyayang.wakakaka!!!
hoho, lame lagi la akak grad,sem ni takde create makanan baru daaa….
jem tempeh,nnti akak try..
nyiaaahhahaha!!!!
ala ko neh ecah.. berkire sangat la.. bagi je la kiwi tu.. x kan ko nak buat sir sirap kiwi kot.. ngauahahahaha..
ecahkoop:
nyiahahahah!! a ah, ko jeles kan aku minum sirap kiwi….
selamat tinggal sirap laici….kwang3x!!
pulak dah.. main sirap2 kiwi pulak.. naseb baik tempeh kraker tu xleh nak masukkan dalam sirap.. kalo x.. habeh la.. parah dah ko neh ecah..
“Ecah.. The Sirap Buah Girl..!!!”
ecahkoop:
udah2 ler…teringat semalam masa exhibition tu, sebab aku makan tempeh kraker banyak sangat, buah kiwi yang aku test makan kat situ rase tempeh..
mabuk tempeh da..
hmm….”Ecah.. The Sirap BUah Girl…!!!!”
aku dah turun pangkat dari treasurer jadi tukang buat air ke???
uwaa!!!!!!!!!!!!!!
baru aku tau kau adalah student pemakanan… apa yg kau belajar ar? nak buat makanan lebih berkhasiat ke? kool
cheers,
syam @ http://aeropama.com
ecahkoop:
ohoo, aku belajar teknologi perkhidmatan makanan…lebih kurang bahagian serve2 makanan kat hotel ler,
tapi aku lebih prefer bahagian kawalan kualiti makanan dan pemprosesan makanan..
*masih mencari2 lagi tajuk untuk RP akan datang
nak kiwi goreng salut madu buley??
makan dengan belacan….
hohohohh………….
ecahkoop:
bole2, tapi kalau sakit perut ke hape…di bawah tanggungan sendiri yerk..
pak keen, siapkan order!! kiwi goreng salut maduuuuu!!!!!!!!!!!!! dengan sambal belacan!!!!!!!!!!!!!!!!
*nyiahahaha, tuan pres jadi tukang masak plak….
kak esah…nak ikut???hehe
ecahkoop:
uihhh!!!! jom!!!!!!!!!! 26 ni.. ok nanti pape hal akak message ek..
pergh kak….
gatal je tangan tangkap gambo pen….
hohohoho…
tangkap gambo saye lagi baek…
wakakaka….
ecahkoop:
nyiahahaahah….dengan pen pun kamu bole jeless??
kwang3x!!!
salam ecah,
Awak ambik course apa ni, food tech? HotCat? ker apa?
Aku pun suka dengan exhibition yg boleh menyedarkan minda macam ni.
ecahkoop:
salam mazudi,
owh, saya amik kos teknologi perkhidmatan makanan..
oo…kalo suke 27 julai ni ade lagi, kat PWTC tentang pemprosesan makanan & pembungkusan…
datanglah usha2..
Hamboihhh….. cik Esah kite (name ditukar selepas Cik esah memberi tahu yg die muda dari aku… )
Jalan sakan ek?? banyak ke bershoping shopong tuh? Wakaka….
Tapi masalhnye ape yang dibeli kalau kat pameran makanan… surely tak bleh nak buat perhiasan. Mane taknye kalau semua boleh dimakan… simpan dalam bank kat umah jer… wakakakak…. Kalau keychain lain laa citer. Memang tak bleh ditelan mahupon dikunyah.
Tapi kepada yang nak mengunyah jugak keychain tuh… ah lu pikir laa sendirik~
Kreuger®
ecahkoop:
wahahaha!! segan woo bile bro kreuger pggil kak esah padahal sebenonye lagi mude …ehehe!!
huhu!! jalan memang sakan tapi takdela shopping sakan, poket tak penuh daa..
kalo dah pegi pameran makanan sure la beli makanan, pastu kompemla makan….nyiahahaha!!
*arkk!!! erk!!! tercekik keychain
aisey tak tahu plak pasal pameran neh la. hehe
ecahkoop:
hmm..26 julai ni ada lagi kat pwtc, food processing n packaging pulak…
yang ni maybe lagi menarek!!
cik ecah.. ok pe jadik tukang buat air.. aku pun silap time kasik turun pangkat ko.. kalo aku turunkan pangkat awal sket bukan ke ko boleh jual² air kat pameran tu.. wah..!! mesti laku.. duit 50% masuk dalam tabung kelab.. ngeh3..
~~boleh aku songlap… ekekeke
ecahkoop:
amboi2, takkan aku sorang je kot nak jual air kat situ….ko kene turun sekalik!!!!!!!!!!!!
Wakakakakakaka Uncle Krueger panggil kakak?
Wargh terangan sudah tua mama saye nie..nyiahahahaha*gelak jahat
Ni Papa Deennasour ni kuat sangat ke hape nak lempang aku yang sexy n menggiurkan ni?? Mama aku bekap tawwww!!!*matila
p/s- Keluage Bahagia
ecahkoop:
ni ko nye pasal la ni bagi nama kak esah, kak esah…naye2 je orang yang lebih dewasa sumer panggil aku kak esah.. *piappp!! (bunyi rotan)
ala, pak deen tu nak anugerahkan ko pelempang kasih sayang, bukan selalu..kekekeke!!
mustilah aku bekap, anysz kan anak emas mama…*buekss!! (muntah ijau)
yeker? shah alam kat aner?
ecahkoop:
shah alam kat MSU seksyen 13…
ambulan pon tiba…..
ecahkoop:
bukan ambulan daa….lori drift daa…bunyik die pooooooooooooongg!!!
*gelak tergolek2 mengenangkan tuan pres..
wahhh..spjg kak esah kat MIFB 2…dia xhbis2 me’msg’ aku prkembangn semasa yg berlaku…ahaks ;P sj nak menjeleskan…cittt…xpe2…kite bakal pigi nnti coh…kumpul dwet dr skang…wahaha ;P
ecahkoop:
nyiahaha, saje je nak bagi jeles…
26 ni g jom…kalo ko nak ajak si roguy tu, ko la bawak die…kakakaka!!!
die marah aku tak ajak die, ala roguy mane suke jalan2 camni…kang nanti sibuk merengek…”cohh!!!! nak balik!!!”
kakakakaka!!!!
ikot……
wakakak~
ecahkoop:
ni gaye mempermain2kan aku ni….ces3x!!!
buleh sahjer…….
ambulan drift and drag….
ecahkoop:
maka tunggang terblik la pesakit dalam tu..
maka askar wataniah pula dipanggil……
ecahkoop:
hmm…kalo askar wataniah datang bunyik die camne lak???
berkesan x rawatan mata tu??
aku seorang yg tidak suka memakai spek.. uhu (sebab asyik hilang)
ecahkoop:
bkesan tapi time tu la, sebab ubat tu kene titik kat mata selalu…
ade pesakit pas 3 bulan dah takyah pakai spek…
aku pon x suke pakai spek, mata letih..